Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lions berbakti di rumah orang tua

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 OGOS – Ahli-ahli Kelab Lions Belait, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Seria untuk menjalankan program pemeriksaan mata dan kesihatan bagi penghuni rumah berkenaan.

    Diadakan setelah dua tahun ditiadakan disebabkan pandemik global, program berkenaan membantu memastikan kesihatan warga emas berkenaan serta penglihatan mereka dikekalkan, selaras dengan salah satu daripada tonggak kelab berkenaan.

    Mengetuai program berkenaan ialah presiden kelab, Keith Wong yang ditemani oleh
    Naib Presiden pertama, Phyllis Jong, dan mantan presiden, Johnny Cheong.

    Turut hadir ialah Lion Terry Thoo who serta seorang pesara jururawat dan sukarelawan Connie Leong, yang menjalankan pemeriksaan kesihatan termasuk memeriksa tekanan darah, paras gula dalam darah, BMI, paras oksigen dan banyak lagi.

    Pengerusi Daerah bagi Sight Preservation Awareness Action (Brunei Darussalam, Sabah, WP Labuan), Joseph Teo yang juga mantan presiden kelab, turut menjalankan pemeriksaan mata dan mempreskripsikan kaca mata bagi warga emas yang memerlukan, dengan kaca mata preskripsi ditaja oleh VisionCare, Kuala Belait.

    Pada penghujung program itu, hidangan tengah hari disajikan kepada warga emas yang disediakan oleh mantan presiden, Peter KK Chan.

    Kelab berkenaan berharap bahawa program tersebut akan membantu menyediakan platform untuk mengetengahkan kepentingan mengekalkan kesihatan dan penglihatan, terutamanya bagi warga emas, dan kelab tersebut akan terus membuat lawatan ke rumah orang tua berkenaan untuk membantu menyokong warga emas dalam kehidupan harian mereka.

    Pemeriksaan kesihatan dijalankan sebagai sebahagian daripada program berkenaan. – Gambar serahan Kelab Lions Belait

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda