Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lions ceriakan warga emas

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 15 SEPT – Kelab Lions Belait telah meraikan Festival Pertengahan Musim Luruh, bersama warga Rumah Orang Tua di Seria pada 12 September lalu.

    Mengetuai kontinjen dari kelab itu ialah Naib Presiden Pertama kelab, Johnny Cheong, serta lapan ahli kelab.

    Selain menikmati jamuan makan tengah hari di pusat berkenaan, rombongan itu turut menceriakan warga emas dengan mengagihkan beberapa kotak kuih bulan yang menggambarkan perpaduan dan kebersamaan sempena festival berkenaan.

    Ahli Kelab Lions semasa mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua Seria. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    Gambar ramai anggota Kelab Lions Belait bersama warga emas sempena sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda