Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kelajuan kekili sesuai kegunaan

    Oleh Raz AS –

    Dalam perihal pemilihan kekili (reel), antara salah satu faktor yang menjadi pertimbangan pemancing ialah kelajuan gulungannya.

    Apa yang dimaksudkan dengan kelajuan gulungan, adalah berapa panjang tali yang diambil masuk ke dalam gelendong (spool) dalam satu kayuhan handle.

    Untuk mengetahui kelajuan sesuatu kekili tersebut, selalunya boleh dilihat melalui angka nisbah gear yang tertera pada badan kekili, contohnya angka 5.1:1, yang membawa maksud gelendong akan berputar sebanyak 5.1 kali setiap satu kayuhan.

    Semakin besar angka yang tertera, seperti 6.4:1, 7.1:1, 8.3:1 dan seterusnya, semakin banyak gulungan gelendong dan semakin laju kekili tersebut.

    Meskipun sebenarnya kelajuan gulungan atau berapa panjang tali yang diambil masuk ke dalam gelendong dalam setiap kayuhan itu lebih bergantung pada pelbagai faktor seperti saiz gelendong dan kekili, seperti contoh baitcast saiz 200 6.4:1 tidak semestinya lebih laju atau sebenarnya lebih perlahan berbanding saiz 400 5.1:1, tetapi nisbah gear bolehlah diambil sebagai sukat-sukat sekiranya membandingkan dua kekili daripada saiz yang sama.

    Dengan kepelbagaian kekili dengan nisbah gear yang berbeza-beza ini boleh menimbulkan persoalan, nisbah manakah yang harus awda dapatkan dan sesuai dengan kaedah pancingan masing-masing. – Canva

    Dengan kepelbagaian kekili dengan nisbah gear yang berbeza-beza ini boleh menimbulkan persoalan, nisbah manakah yang harus awda dapatkan dan sesuai dengan kaedah pancingan masing-masing.

    Secara ringkasnya, semakin rendah nisbah gear sesuatu kekili tersebut semakin tinggi kekuatan torknya dan begitulah sebaliknya. Bagi yang masih kurang faham samakan sahaja seperti kenderaan awda, ia mempunyai gear rendah dan gear tinggi, gear rendah lebih kuat dan gear tinggi lebih laju.

    Ini bermakna nisbah rendah seperti 5.4:1 ke bawah lebih senang untuk dikayuh tanpa memerlukan banyak tenaga, menjadikannya nisbah yang sesuai digunakan untuk menarik beban ikan bersaiz besar yang kuat atau melontar umpan besar atau berat seperti crankbait selaman dalam, swimbait dan sebagainya.

    Manakala nisbah pertengahan seperti dalam lingkungan 6.4:1 pula boleh dianggap sebagai kekili yang serba guna. Mempunyai kelajuan dan kekuatan yang cukup untuk pelbagai teknik dan kegunaan.

    Sementara itu, nisbah tinggi 7.1:1 ke atas merupakan kekili berkelajuan tinggi. Sangat sesuai digunakan untuk teknik-teknik atau keadah di mana lebihan tali renggang perlu digulung laju bagi memastikan hook set yang kemas dapat dilakukan sebaik sahaja ikan menyambar umpan, contohnya lure aksi permukaan, jerkbait, fast jig dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...