Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keluaran perindustrian Jepun turun 0.1 peratus

    TOKYO, 29 MAC – Keluaran perindustrian Jepun susut 0.1 peratus pada Februari berbanding bulan sebelumnya, menandakan penurunan bulan kedua berturut-turut, data kerajaan menunjukkan hari ini.
     
    Indeks pengeluaran bermusim di kilang dan lombong pada bulan pelaporan berada pada 97.9 berbanding 100 pada 2020, menurut data awal daripada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. 
     
    Kementerian mengaitkan penurunan keseluruhan itu berpunca daripada kesan salji dan pengurangan pengeluaran berterusan dalam industri berkaitan alat ganti berikutan Gempa Bumi Semenanjung Noto. Indeks penghantaran industri turun 0.4 peratus kepada 96.2, manakala indeks inventori meningkat 0.6 peratus kepada 101.6, menurut data. 
     
    Secara keseluruhan, dalam tempoh pelaporan, tujuh sektor melaporkan penurunan dalam pengeluaran, di mana industri kenderaan bermotor, jentera pengeluaran dan kelengkapan pengangkutan mendahului penguncupan. Kerajaan mengekalkan penilaian asasnya bahawa pengeluaran perindustrian di Jepun ‘menunjukkan kelemahan sementara turun naik dengan tidak pasti.’ 
     
    Berdasarkan tinjauan pengilang, kementerian menjangkakan pengeluaran meningkat 4.9 peratus pada Mac dan 3.3 peratus pada April.
     
    Berdasarkan tinjauan pengilang, kementerian menjangkakan pengeluaran meningkat 4.9 peratus pada Mac dan 3.3 peratus pada April. – Xinhua
    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda