Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem. Pertahanan, ABDB adakan tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-61 di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, hari ini.

    Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan; pemangku setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, pemangku pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Pegawai Turus Operasi Agama, JAMA’AT, Mejar Abdul Mujib bin Japar. Sementara itu, majlis yang serupa juga turut diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-baru.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bersama pemerintah ABDB, warga Kementerian Pertahanan dan ABDB pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda