Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemarau di Terusan Panama jejas lalu lintas maritim

    PANAMA, 19 JAN – Kemarau teruk yang bermula tahun lalu telah memaksa pihak berkuasa mengurangkan lintasan kapal sebanyak 36 peratus di Terusan Panama, salah satu laluan perdagangan terpenting di dunia.

    Pemotongan baharu yang diumumkan baru-baru ini oleh pihak berkuasa di Panama dijangka memberikan kesan ekonomi yang lebih besar daripada yang dijangkakan sebelum ini.

    Pentadbir Terusan Panama, Ricaurte Vasquez kini menganggarkan bahawa penurunan paras air boleh menelan kos antara AS$500 juta dan AS$700 juta pada 2024, berbanding anggaran sebelumnya sebanyak AS$200 juta.

    Salah satu kemarau terburuk yang pernah melanda negara Amerika Tengah itu telah mencetuskan kekacauan dalam laluan maritim sepanjang 50 batu, menyebabkan kesesakan kapal, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kebolehpercayaan terusan untuk penghantaran antarabangsa dan menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap perdagangan global.

    “Adalah penting untuk negara menyampaikan mesej bahawa kami akan menghadapinya dan mencari penyelesaian kepada masalah air ini,” kata Vasquez.

    Gangguan laluan perdagangan utama antara Asia dan Amerika Syarikat datang pada masa yang genting. Serangan ke atas kapal komersil di Laut Merah oleh pemberontak Houthi Yaman telah mengalihkan laluan kapal dari koridor penting untuk barangan pengguna dan bekalan tenaga. – AP

    Sebuah kapal kargo dipandu melalui Terusan Panama, di Panama City pada 17 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...