Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kematian anak damit baru lahir meningkat di Gaza

    GENEVA, 2 APRIL – Kematian anak damit yang baru lahir meningkat dengan mendadak di Semenanjung Gaza, dengan anak damit yang dilahirkan kurang berat badan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    “Daripada doktor yang berbeza, terutamanya di hospital bersalin, mereka melaporkan mereka telah melihat peningkatan besar dalam kanak-kanak yang dilahir dengan berat badan rendah, dan hanya tidak dapat bertahan dalam tempoh neonatal kerana mereka dilahir terlalu kecil,” kata jurucakap WHO, Margaret Harris, pada taklimat di Geneva.

    Beliau berkata di Kamal Adwan, satu-satunya hospital pediatrik di utara Gaza, ‘sekurang-kurangnya 15 orang kanak-kanak kekurangan zat makanan datang setiap hari, dan keperluannya semakin teruk’.

    WHO tidak dapat memberikan statistik yang tepat mengenai kematian kanak-kanak disebabkan kemusnahan di wilayah Palestin selepas enam bulan perang antara Israel dan Hamas, di mana Harris berkata ramai di antara mereka tidak sempat pergi ke hospital.

    Beliau memetik pusat penstabilan yang ditubuhkan minggu lalu, berkata kebanyakan pesakit adalah kanak-kanak yang menghidap penyakit yang memerlukan perubatan termasuk yang mengalami kekurangan zat makanan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...