Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kembar siam tertua meninggal dunia

    READING, 14 APRIL – Kembar siam Lori dan George Schappell, yang mengejar kerjaya, minat dan perhubungan berasingan semasa kehidupan yang mencabar jangkaan perubatan, meninggal dunia pada usia 62 tahun di Pennsylvania bulan ini, menurut pegawai rumah pengebumian.

    Kembar itu, yang disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai kembar siam tertua yang masih hidup, meninggal dunia pada 7 April di Hospital Universiti Pennsylvania, menurut obituari yang disiarkan oleh Rumah Pengebumian Leibensperger Hamburg. Punca kematian tidak didedahkan.

    “Apabila kami dilahirkan, doktor tidak menyangka kami akan hidup sehingga 30 tahun, tetapi kami membuktikan mereka salah,” kata Lori dalam temu bual ketika mereka berusia 50 tahun, lapor The Philadelphia Inquirer.

    Kembar itu, dilahirkan pada 18 September 1961, di West Reading, Pennsylvania, mempunyai otak yang berbeza tetapi bercantum di tengkorak.

    George, yang menghidap spina bifida dan 4 inci lebih rendah, disorong oleh Lori di atas kerusi beroda adaptif.

    Gambar fail menunjukkan kembar siam George (kanan) dan Lori Schappell dilihat di rumah mereka di Reading. – AP

    Walaupun masing-masing perlu pergi ke mana-mana tempat yang lain pergi, adalah ‘sangat penting’ untuk kedua-duanya ‘hidup seberapa berdikari yang mungkin,’ kata obituari itu.

    “Sejak umur 24 tahun, mereka telah mengekalkan kediaman mereka sendiri dan telah melakukan kunjungan secara meluas,” menurut notis obituari itu.

    Selama bertahun-tahun, mereka telah muncul dalam banyak dokumentari dan rancangan bual bicara serta episod drama perubatan FX Nip/Tuck.

    The Philadelphia Inquirer melaporkan Lori pernah bertunang tetapi tunangnya meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

    “Apabila saya pergi temu janji, George akan membawa buku untuk dibaca,” kata Lori. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...