Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Krew PSV-1 sambut Aidilfitri dengan penuh syukur

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Demi menjalankan tugas sebagai pelaut, seramai 22 orang krew kapal PSV-1 warga Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam telah menyambut Aidilfitri di perairan Kuala Belait, sejak Hari Raya pertama.

    Dalam memeriahkan suasana bulan Syawal walaupun berada di lautan, mereka mengadakan Majlis Hari Raya dan Doa Selamat di atas kapal berkenaan yang turut dihadiri oleh Kapten Andry Ryanshah.

    Dalam kepiluan tidak dapat bersama keluarga terdekat terutama sekali ibu bapa, isteri dan anak-anak, mereka tetap ceria dan melahirkan rasa syukur atas kurnia hari kemenangan itu dengan melaungkan Takbir Raya di bawah pimpinan Pegawai Kedua Saifuddin bin Haji Sulong.

    Di akhir majlis, semua krew menikmati pelbagai kuih-muih raya yang dihidangkan.

    Krew kapal PSV-1 yang beragama Islam semasa menyambut Aidilfitri di perairan Kuala Belait. – GAMBAR SERAHAN KREW KAPAL PSV-1
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...