Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemboja capai kemajuan ke arah matlamat bebas periuk api

    KAMPONG SPEU, KEMBOJA, 30 OKT – Kemboja mencapai kemajuan ke arah mencapai matlamat bebas periuk api menjelang 2025, kata Perdana Menteri Hun Manet, hari ini.

    “Setakat ini, 13 daripada 25 wilayah di Kemboja telah diisytiharkan bebas periuk api, dan kita berada di landasan untuk mencapai sasaran bebas periuk api menjelang 2025,” katanya dalam ucapan semasa pengisytiharan wilayah Kampung Speu sebagai wilayah ke-13 bebas periuk api.

    Dua belas wilayah bebas periuk api lain ialah ibu kota Phnom Penh, Stung Treng, Kep, Prey Veng, Preah Sihanouk, Tbong Khmum, Kampung Cham, Svay Rieng, Kampung Chhnang, Kandal, Takeo dan Kampot.

    Hun Manet turut merayu kepada masyarakat antarabangsa dan penderma untuk terus membantu negara itu dalam mrealisasikan visi bebas periuk api berkenaan.

    Kemboja merupakan salah sebuah negara yang paling teruk terjejas oleh periuk api dan sisa letupan perang (RW).

    Dianggarkan 4 juta hingga 6 juta periuk api dan amunisi lain telah ditinggalkan berikutan tiga dekad peprangan dan konflik dalaman yang berakhir pada 1998. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...