PHNOM PENH, 29 JULAI – Kemboja hari ini melaksanakan sekatan baharu virus bagi lapan wilayah bersempadan dengan Thailand, mengekang pergerakan berjuta-juta penduduk dalam usaha mengelak penularan varian mudah berjangkit, Delta.
Dalam masa beberapa minggu kebelakangan, sejumlah pekerja penghijrah Kemboja kembali dari Thailand yang sedang memerangi gelombang COVID-19 yang disemarakkan oleh varian Delta.
Pihak berkuasa Kesihatan Kemboja meningkatkan waspada minggu ini, memetik 39 kes Delta baharu – 21 daripadanya kalangan pekerja penghijrah yang kembali dari Thailand dan selebihnya daripada kontak rapat mereka. – AFP