Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Kemboja musnahkan 4.1 tan dadah, bahan kimia bernilai AS$22.7 juta

    PHNOM PENH, 14 JUN – Kemboja memusnahkan dadah dan bahan kimia yang bernilai jutaan dolar yang dirampas dari seluruh negara Asia Tenggara, kata pegawai.

    Meas Vyrith, setiausaha agung pihak berkuasa kebangsaan bagi membanteras dadah, membakar dadah terlarang dan bahan kimia prekursor pada majlis yang diadakan di insinerator di pinggir utara ibu kota Phnom Penh.

    Katanya, pemusnahan dadah itu dibuat bagi meraikan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram, yang disambut setiap tahun pada 26 Jun.

     “Sebanyak 4.1 tan dadah terlarang, dengan nilai pasaran pengedaran kira-kira AS$22.7 juta, telah dibakar pada majlis ini,” katanya kepada pemberita. “Dengan jumlah dadah terlarang ini, jika dijual kepada pengguna, ia berharga antara AS$67 dan AS$68 juta.”

     “Jumlah dadah yang dirampas ini, jika tidak dirampas tepat pada masanya, akan memberi kesan buruk kepada jutaan orang,” kata Vyrith.

    Pegawai membakar dadah yang dirampas semasa upacara pemusnahan untuk menandakan ‘Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram’ di Phnom Penh hari ini. – AFP

    Pendakwa Raya Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Chrreng Khmao berkata, dadah yang dimusnahkan itu termasuk heroin, methamphetamine, ekstasi, ketamin, nimetazepam, kokain dan ganja kering.

    Selain dadah terlarang, sejumlah 3.25 tan bahan kimia prekursor turut dibakar pada majlis itu, katanya.

    Menurut Jabatan Polis Antidadah, Kemboja menahan 9,369 suspek berkaitan dadah, termasuk 324 warga asing, sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2024, merampas sejumlah 4.71 tan narkotik.

    Kerajaan itu tidak mempunyai hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah boleh dipenjara seumur hidup. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...