Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemboja nafi usir penduduk sekitar Angkor Wat

    BANGKOK, 4 MAC – Kemboja menolak dakwaan bahawa ia melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengusir orang yang tinggal di sekitar kompleks kuil Angkor Wat yang terkenal, dengan berkata dalam laporan kepada UNESCO yang dikeluarkan hari ini bahawa ia hanya memindahkan setinggan dan bukan penduduk di lebih 100 kampung tradisional.

    Agensi kebudayaan PBB itu telah menuntut maklum balas daripada pihak berkuasa Kemboja pada bulan November selepas laporan hangat daripada Amnesty International mendakwa bahawa beribu-ribu keluarga, sesetengah daripadanya telah tinggal di kawasan itu selama ‘beberapa generasi’, telah diusir secara paksa dari sekitar Tapak Warisan Dunia setelah Kemboja berusaha untuk membangunkan kawasan itu bagi tujuan pelancongan.

    Amnesty mempersoalkan dakwaan Kemboja bahawa keluarga-keluarga itu dipindahkan secara sukarela, memetik temu bual dengan orang-orang yang mengatakan mereka telah dipaksa keluar, sambil menekankan bahawa lokasi penempatan semula tidak mempunyai kemudahan air, sanitasi dan lain-lain yang mencukupi, sambil mengkritik UNESCO kerana gagal mencabar pihak berkuasa Kemboja.

    UNESCO yang berpangkalan di Paris menjawab bahawa ia ‘sangat prihatin terhadap dakwaan itu’ dan mengarahkan Kemboja untuk melaporkan keadaan pemuliharaan di tapak Angkor kira-kira setahun lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini, sambil menggesa ‘mereka untuk memastikan bahawa sebarang penempatan semula dilakukan secara sukarela’. – AP

    Foto bertarikh 3 Mac 2018 ini menunjukkan pemandangan dari luar kuil Angkor Wat di Siem Reap, barat laut Kemboja. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...