Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kementerian Pendidikan Filipina tolak cadangan bodoh

    MANILA, 3 Feb – Kementerian Pendidikan Filipina menolak rancangan untuk mengedarkan kondom di sekolah-sekolah, kata pihak berkuasa hari ini, sekali gus dikatakan menyekat usaha menghentikan epidemik HIV yang paling pantas berkembang di Asia.

    Jabatan kesihatan Disember lalu berkata, mereka akan memberikan pil di sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada strategi untuk mencegah jangkitan HIV tetapi telah mencetuskan kritikan daripada beberapa ahli parlimen dan uskup di negara Katolik terbesar Asia itu.

    Epidemik HIV di Filipina berkembang pesat dengan kumpulan hak asasi berkata, kerajaan telah gagal untuk mempromosikan kontraseptif dan memberikan pendidikan seks kepada golongan gay atau biseksual.

    Bagaimanapun, jabatan pelajaran minggu ini berkata, ia tidak akan membenarkan pengedaran kondom di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerana hanya agensi yang mendapat mandat memberikan “pendidikan seksual”.

    “Kami mahu sensitif kepada apa yang ibu bapa rasakan dan kami mendapat maklum balas mereka tidak bersetuju dengan idea itu,” Penolong Setiausaha Pendidikan, Toni-sito Umali memberitahu AFP.

    “Ibu bapa berfikir ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pelajar bahawa OK untuk melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan ketika masih di bawah umur selagi anda dilindungi.”

    Akses kepada kontraseptif adalah isu perbalahan di Filipina dengan Gereja Katolik menentang program pengagihan kondom kepada golongan miskin.

    Presiden Rodrigo Duterte mencabar gereja dengan mengarahkan agensi kerajaan bulan lalu untuk mengagihkan pil pencegah hamil secara percuma kepada enam juta wanita untuk meningkatkan program perancangan keluarga.

    Jabatan kesihatan juga telah melancarkan rancangan untuk membendung penyebaran HIV khususnya dalam kalangan warga Filipina berusia 15 hingga 24 tahun yang dikatakan peringkat usia paling terdedah kepada jangkitan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda