SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri masih meriah diadakan di negara ini dan baru-baru ini, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) telah mengadakan sambutan tersebut di Pusat Bahagia Brunei-Muara, Kampung Pulaie. Seramai lebih 70 orang ahli persatuan serta pengiring telah menghadiri majlis tersebut.
Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli persatuan. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan karaoke yang dinyanyikan oleh ahli persatuan. Sebelum acara itu berakhir, Presiden BDNAB, Awang Mohd Hamzi bin Omar, turut menyampaikan sampul hijau dan hadiah-hadiah cabutan bertuah kepada ahli-ahli persatuan yang hadir.
