Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen derma darah 1 Sept

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan kempen derma darah pada 1 September ini di Dewan Serambi Suluh, Bangunan Tarindak D’Seni, di sini.

    Kempen yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan dan Pusat PerubatanJerudong Park (JPMC) itu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk menderma darah pada kempen tersebut bagi sama-sama membantu menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah serta meningkatkan stok-stok bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah bagi penggunaan di kesemua hospital di negara ini.

    Kempen juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menderma darah secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyatannya, turut menasihatkan kepada penderma-penderma darah dan orang ramai yang berpotensi untuk menderma darah agar mendapatkan tidur atau rehat yang secukupnya, mengalas perut dan minum air secukupnya sebelum menderma darah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda