Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah Yayasan dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 96 orang telah menyambut baik kempen derma darah yang dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kelmarin.

    Kempen yang berlangsung di Kompleks Yayasan, di sini, tersebut adalah sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan ke-31.

    Semasa kempen ini diadakan, setiap penderma darah diberikan sekaki payung dan baucar membeli-belah bernilai $10.

    Kempen berkenaan dihasrat akan dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma darah serta memberikan inspirasi kepada orang lain bagi sama-sama menderma
    serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial.

    Di samping itu, Yayasan juga memberikan peluang kepada para penerima bantuan Yayasan yang juga hadir menderma darah untuk memberi balik kepada masyarakat dalam sama-sama menyokong hasrat murninya.

    Antara yang menderma darah semasa kempen itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...