Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yasin kena masuk Hospital Bahagia

    Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman akhirnya mampu menarik nafas lega selepas dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Seksyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga tuduhan kes dadah, kelmarin.

    Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun mengarahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

    Menurut laporan mStar, dalam prosiding sebelum ini, saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

    Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

    Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terselamat apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

    Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

    Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5:30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Agensi

    Yasin ketika ditemui media. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...