BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Intracorp (B) Sdn Bhd, baru-baru ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada tiga pemenang kempen I Love Philips yang berlangsung di cawangan Intracorp Megastore.
Hadiah utama telah dimenangi oleh Dayang Irna Didyana binti Haji Osman yang membawa pulang XXL Airfryer, Handheld Vacuum, System Generator, Air Purifier with Humidifier dan TV 32″, kesemuanya bernilai $2,684.
Hadiah pertama berupa Garment Steamer, Air Purifier, Rice Cooker dan TV 32″ bernilai $1,276 pula dimenangi oleh Pengiran Anak Masyasidah binti Pengiran Anak Haji Mohd Yassin manakala itu, Awang Muhammad Qawiy bin Marissan memenangi hadiah kedua berupa Robot Vacuum Cleaner, Induction Cooker dan TV 32″ bernilai $747 keseluruhannya.
Menurut kenyataan yang diberikan, sepanjang kempen yang berlangsung lewat April hingga penghujung Julai itu, pelanggan yang membeli mana-mana produk Philips layak untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.
