Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kempen SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-anak Yatim dilancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Kempen SMS Brunei Prihatin untuk Tabung Anak-anak Yatim 1444/2023 bermula hari ini dengan majlis pelancarannya di Dewan Digadong,
    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Kempen tersebut merupakan anjuran KKBS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB), Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan imagine Sdn Bhd.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman; Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni; Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Dayang Nurul Haniah binti Haji Jaafar dan wakil daripada imagine, Awang Abdul Hafiz Aizuddin bin Haji Hasheim.

    Kutipan derma melalui SMS itu akan berlangsung selama tiga bulan sehingga 17 Jun depan.

    Orang ramai yang berhasrat menghulurkan derma melalui perkhidmatan SMS boleh menaip YATIM (tanpa jarak) dan diikuti dengan jumlah yang hendak didermakan iaitu, 1, 5, 10, 15, 20, 50 atau 100, sebagai contoh YATIM20 (bagi derma berjumlah $20), dan hantar ke talian 38111 bagi pelanggan DST dan Progresif serta 39999 bagi pelanggan imagine.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi melancarkan Kempen SMS Brunei Prihatin bersama Dayang Nurul Haniah dan Awang Radin Sufri.
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...