Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen sokong pesakit kurang bernasib baik

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) baru-baru ini mengadakan kempen derma komuniti bertujuan untuk menyokong pesakit yang kurang bernasib baik di bawah jagaan Jabatan Kerja Sosial Perubatannya.

    Diketuai oleh Ketua Pegawai Perubatan JPMC, Dr Meera Sahib Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Bun Pei Ling, serta ahli pasukan pengurusan kanan dan kakitangan yang berdedikasi, inisiatif itu mengumpulkan lebih 90 orang sukarelawan untuk menyalurkan bantuan penting kepada mereka yang memerlukan.

    Sumbangan diberikan kepada 25 buah rumah di seluruh Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait, termasuk kawasan seperti Kampung Rimba, Kampung Mentiri, Kampung Katok, Kampung Kasat, Kampung Sengkurong, Kampung Limau Manis dan Kuala Belait.

    Sumbangan termasuk barangan keperluan dan sokongan kewangan daripada pihak JPMC dan juga kakitangan. Pilihan barangan sumbangan telah diteliti bagi membantu para penerima dengan keperluan harian mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

    Inisiatif berkenaan menyerlahkan komitmen berterusan JPMC terhadap kebajikan masyarakat dan semangat kebersamaan dalam kalangan kakitangannya. Melalui usaha kolektif mereka untuk meningkatkan pesakit yang kurang bernasib baik, kakitangan JPMC telah menunjukkan nilai belas kasihan, empati dan kepedulian berterusan organisasi terhadap masyarakat.

    JPMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan yang menyumbang kepada kejayaan usaha menderma ini, sama ada melalui sumbangan atau meluangkan masa mereka secara sukarela. Organisasi itu tetap berdedikasi untuk menyokong kumpulan yang terdedah dan amat-amat menantikan inisiatif seterusnya di masa depan dalam usaha untuk mengukuhkan kesejahteraan komuniti.

    Dr Meera Sahib Kabeer menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    Antara yang mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut. – GAMBAR SERAHAN JPMC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda