Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kemuncak Pesta Kaamatan 2024 akhir bulan ini

    KOTA KINABALU, 21 MEI – Acara kemuncak Pesta Kaamatan 2024 akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang pada akhir bulan ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan peringkat negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadualkan merasmikan acara kemuncak sambutan pada 30 Mei ini.

    Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijangka merasmikan acara penutup keesokan harinya di tempat sama.

    “Segala persediaan sudah kita laksanakan dan kita akan membuat raptai penuh pada 29 Mei ini bagi memastikan sambutan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan 2024 hari ini.

    Mengenai masalah tempat letak kenderaan, Jeffrey berkata Majlis Daerah Penampang telah membantu menyelesaikan isu tersebut dan beliau berharap situasi itu tidak menghalang orang ramai untuk hadir.

    “Kita setiap tahun akan timbul masalah tempat letak kenderaan. Namun kali ini masalah berkenaan dapat diatasi kerana Majlis Daerah Penampang telah menyediakan satu kawasan berhampiran KDCA yang mampu menampung kira-kira 1,000 kenderaan,” katanya.

    Beliau berkata penduduk di negeri lain di Semenanjung dan Sarawak serta seluruh dunia juga diajak untuk meraikan Pesta Kaamatan 2024 bersama rakyat Sabah. – Bernama

    Pelancaran Pesta Kaamatan di Ranau pada 1 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...