Monday, March 31, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenaikan pangkat pegawai kanan ABDB 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seorang Pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dari Leftenan Kolonel ke Kolonel tetap.

    Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat yang berlangsung pagi tadi di Mes Pegawai Bolkiah Garison dan disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, bagi kenaikan pangkat Juruiring Tentera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kolonel Mohammad Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa.

    Kolonel Mohammad Salehudin yang dinaikkan pangkat.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi semasa menghadiri majlis berkenaan.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga pegawai yang telah dinaikkan pangkat.

    Atas & Bawah: Ketika majlis penyampaian lencana kenaikan pangkat berkenaan.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar.

    Atas & Bawah: Bacaan Doa Selamat  oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib.

    Sesi gambar ramai pada majlis berkenaan. -GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda