Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenal pasti strategi pelaburan 2020

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Dalam usahanya untuk melengkapkan para pelabur dengan maklumat terkini mengenai pasaran-pasaran kewangan, Baiduri Capital, baru-baru ini, telah menganjurkan bengkel pelaburan bertajuk ‘Mengenal Pasti Strategi-strategi Pelaburan dalam 2020’.

    Bengkel yang berlangsung di Kolej Perdagangan Laksamana di ibu negara itu telah dikendalikan oleh Mike Ong Yao Heng dan Chen Junwei dari Phillip Securities, Singpura dengan memfokuskan terhadap Real Estate Investment Trusts (REITs) dan Exchange Traded Funds (ETFs) serta cara terbaik memanfaatkan kedua-dua produk berkenaan dalam ekonomi yang bergolak ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Baiduri, kedua-dua penceramah adalah ahli pasukan pengurusan terbesar yang pakar dalam ekuiti, ETFs, Kontrak bagi Perbezaan (CFDs) dan bon. Pasukan berkenaan menguruskan lebih daripada 50,000 akaun di Phillip Securities.

    Kenyataan menjelaskan, sesi itu telah dibahagikan kepada dua segmen dengan segmen pertama memberikan gambaran pasaran yang mengetengahkan acara-acara penting, perancangan peruntukan aset denagn ETFs serta meliputi asas dan strategi pelaburan REITs. Segmen kedua bengkel pula meliputi asas analisis teknikal.

    Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon dipetik sebagai berkata, “Dengan menganjurkan bengkel-bengkel ini, kami bermatlamat untuk menyediakan pelanggan dengan alat-alat, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam membuat keputusan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.”

    Beliau menambah bahawa menerusi pelbagai kerjasama dengan rakan-rakan global, seperti Phillip Securities, Baiduri Capital dalam menyediakan lebih banyak pengalaman pelaburan komprehensif.

    Para peserta mendengarkan taklimat yang disampaikan pada bengkel berkenaan. – Gambar daripada Baiduri Capital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda