Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kenali hidupan liar melalui seni fotografi

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PFNBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Dengan matlamat untuk memperkenalkan secara lebih dekat serangga dan kehidupan liar yang terdapat di kawasan laluan Denai Bukit Kota, Kampung Lamunin, Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) telah mengadakan Pameran Fotografi Mini, Makro dan Kehidupan Liar, yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong, Lamunin, Tutong, kelmarin.

    Pameran itu mengetengahkan karya hasil penggambaran luar ahli-ahli pertubuhan pada 30 Ogos lalu di sekitar Denai Bukit Kota.

    Hadir bagi menyaksikan pameran berkenaan ialah Ketua Kampung Lamunin, Mejar (B) Haji Said bin Haji Tinggal, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Lamunin dan penduduk Kampung Lamunin.

    Penggambaran luar itu merupakan salah satu aktiviti khas pertubuhan bagi membina serta menguji tahap kemahiran menggunakan kamera berserta peralatan yang khusus mengenai tema yang diberikan.

    Hasil penggambaran ahli-ahli pertubuhan dijadikan perkongsian untuk dinilai serta dibuat kritikan yang membina dan hasil-hasil yang terbaik dipamerkan untuk tontonan awam iaitu kepada penduduk Kampung Lamunin.

    Pameran mini berkenaan dihasratkan untuk memberikan peluang kepada penduduk melihat secara lebih dekat serangga dan kehidupan liar yang terdapat di sekitar kawasan laluan berkenaan yang perlu dikawal, dijaga serta dipelihara demi keseimbangan ekosistem persekitaran kampung.

    Pameran juga dihasratkan untuk menggalakkan orang ramai supaya meminati dan menghargai nilai seni fotografi di negara ini. Pendedahan kepada penduduk kampung terutamanya golongan belia juga dapat mengetengahkan keindahan dan keseronokan dalam bidang fotografi serta memupuk minat mereka dalam bidang berkenaan.

    Ia juga merupakan salah satu produk utama pertubuhan yang perlu diketengahkan sebagai tontonan awam, memperlihatkan sudut pandang yang berbeza mengenai sesuatu objek atau tempat serta sebagai satu platform bagi mendorong para ahli pertubuhan untuk lebih berkeyakinan untuk berkarya lebih jauh lagi.

    Antara foto hidupan liar yang diambil oleh salah seorang jurugambar.
    Mejar (B) Haji Said berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat hasil karya ahli PFNBD yang dipamerkan semasa pameran mini berkenaan.
    Ahli PFNBD memberikan penerangan dan tunjuk cara penggambaran makro serta peralatan yang digunakan.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini