Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenang kisah cinta tak menjadi, Luna Maya pernah buat lagu untuk Aeril Noah

    Percintaan pelakon Luna Maya bersama penyanyi Ariel Noah sememangnya pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu.

    Namun siapa sangka, Luna pernah meminta salah seorang penulis lirik Indonesia untuk mencipta lagu bagi mengenang kisah percintaanya bersama vokalis Noah itu.

    Menurut gitaris kumpulan Geisha, Roby Staria berkata lagu berjudul Karena Kamu mengisahkan Luna dan juga Ariel.

    Setiap bibit-bibit lagu berkenaan menyentuh kepribadian Ariel yang merupakan bintang terkenal pada ketika itu.

    “Saya tumpang bangga melihat kisah cinta mereka yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi masa tidak memihak kepada mereka,” ujarnya.

    Malah lagu berkenaan sudah dilancarkan pada 2011 namun kini diberi nafas baharu.
    Roby berkata lagu berkenaan pada awalnya dinyanyikan oleh Luna namun diambil alih kumpulan Geisha.

    Untuk rekod, Ariel dan Luna pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2010 lalu.

    Bagaimanapun hubungan mereka tidak tahan lama disebabkan beberapa faktor yang dirahsiakan. – Agensi

    Kisah percintaan Ariel dan Luna masih lagi segar diingatan peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda