Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Video mengamuk dengan pekerja tersebar, rakan tampil pertahan Luna Maya

    Pengacara Indonesia, Melaney Ricardo menyelar tindakan warganet menyebarkan video pelakon Luna Maya sedang memarahi pekerjanya di pejabat.

    Melaney berkata, tindakan itu adalah bukti semakin ramai individu yang sanggup melanggar etika demi mencipta kandungan di media sosial.

    “Orang sekarang ini tidak mempunyai etika sama sekali. Semudah itu mereka kongsi video orang lain hanya kerana ingin dapatkan content FYP,” katanya.

    Melaney berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, Melaney dilihat mempertahankan penyanyi tersebut dengan memberitahu bahawa artis juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.

    “Sama ada artis, public figure atau pekerja biasa, mereka hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

    “Apa yang menjadi kesalahan apabila netizen berfikir artis atau ahli politik itu orang yang suci dan sempurna. Ya tidaklah, nobody’s perfect dude,” ujarnya.

    Mengulas lanjut tentang video tular berkenaan, Melaney memberitahu meskipun terdapat majikan yang memarahi pekerjanya, ia tidak bermakna mereka seorang individu tidak berhati perut.

    “Saya juga seperti itu dengan pekerja, kalau ada sesuatu yang sudah ditegur tidak ada perubahan, ia mungkin akan mendatangkan kerugian pada syarikat.

    “Saya akan berasa marah tetapi tidak bermakna saya seorang yang jahat,” ujarnya.

    Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Luna sedang memarahi pekerjanya dalam sebuah bilik mesyuarat.

    Pelakon filem Suzzana: Bernapas dalam kubur itu dilihat mengetuk meja dihadapan pekerjanya yang dilaporkan daripada bahagian pemasaran.

    Luna dilihat sangat marah dan kemudiannya meninggalkan ruang bilik mesyuarat tersebut. – Agensi

    Luna haya manusia biasa yang mempunyai perasaan marah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...