Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kenderaan tanpa pemandu buatan China terima pengiktirafan dunia

    BEIJING, 22 FEB – Operasi dan ujian pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu mula dijalankan di Kawasan Pembangunan Teknologi Ekonomi Beijing China sejak penghujung tahun 2022 dan ia telah dilaksanakan di Beijing, Chongqing dan Wuhan.

    Selain tiga bandar itu, perkhidmatan pengangkutan pengkomersialan kenderaan tanpa pemandu yang mempunyai petugas keselamatan dalam kenderaan itu telah dijalankan di lebih 10 buah bandar seperti Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen.

    Penduduk bandar dapat menikmati perkhidmatan kenderaan tanpa pemandu dengan hanya perlu menggunakan aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar.

    Setakat Mac 2022, jalan raya yang dibuka untuk ujian operasi kenderaan tanpa pemandu telah melebihi 5,000 kilometer (km) di China manakala jarak perjalanan yang selamat kenderaan itu mencatat lebih daripada 10 juta kilometer.

    Sementara itu, jalan pintar sejauh 3,500 km turut dinaik taraf untuk memastikan kelancaran ujian berkenaan dan kenderaan tanpa pemandu China berjaya mencapai pengiktirafan dunia dari aspek teknologi serta produk.

    Kini, banyak syarikat di China sedang menjalankan penyelidikan dan penerokaan teknologi kenderaan itu yang menyaksikan Baidu antara syarikat yang paling banyak menggunakan kenderaan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...