Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Monyet di Angkor cetus risiko kepada pelancong

    PHNOM PENH, 22 FEB – Monyet-monyet di Taman Arkeologi Angkor yang terkenal di Kemboja menimbulkan risiko kepada pelancong dan kuil, kata agensi kerajaan Kemboja hari ini.

    Pihak Berkuasa Kebangsaan Apsara (ANA), yang bertanggungjawab mengurus, menjaga dan memelihara tapak Angkor berkenaan, berkata dalam satu kenyataan bahawa bilangan monyet di taman purba itu telah meningkat dengan ketara dengan peralihan kehidupan semula jadi daripada monyet liar kepada monyet domestik.

    Dianggarkan terdapat ratusan monyet di kawasan Angkor Thom.

    Primat yang diberi makan dengan baik itu nampaknya biasa kepada manusia, kerana ia tidak lagi memasuki hutan untuk mencari makanan, sebaliknya menunggu makanan daripada manusia dan kadang-kadang merampas makanan daripada pelancong, kata
    agensi itu.

    ANA menggesa orang ramai supaya berhenti memberi makan kepada monyet-monyet tersebut untuk mengambil gambar untuk tujuan komersial atau hiburan, supaya monyet itu boleh hidup secara semula jadi dan tidak mengharapkan makanan daripada manusia. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...