Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepentingan rehat lancarkan aktiviti harian

    ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

     

    BAGI kebanyakan daripada kita, terbeban dengan tugasan banyak adalah perkara yang biasa berlaku dan rehat adalah sesuatu yang sering dinanti-nantikan.

    Dalam kehidupan seharian kita yang selalu sahaja sibuk, rehat selalu diertikan sebagai masa lapang atau tidak melakukan sebarang tugas.

    Pada masa moden ini, kita sering mengisikan waktu rehat dengan menonton televisyen sehingga lewat malam, melayari Internet sehingga berjam-jam dan melakukan apa sahaja yang kita suka setelah siap melakukan apa yang seharusnya kita lakukan pada hari itu.

    Tidak mengambil berat akan peranan penting rehat boleh mengganggu kebolehan kita untuk berfikir secara kreatif dan secara optima. Di dalam buku Rest ini, pakar konsultasi dari Silicon Valley, Alex Soojung-Kim Pang menegaskan bahawa kita boleh menjadi lebih berjaya dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi dengan mengenal pasti kepentingan rehat, banyak bekerja tidak semestinya bermakna kita bekerja dengan baik, kerja yang baik juga boleh diperolehi dengan kerja yang sedikit dan banyak berehat.

    Kupas isu mengenai kepentingan rehat dalam buku Rest.
    Kupas isu mengenai kepentingan rehat dalam buku Rest.

    Memperlakukan waktu rehat sebagai satu aktiviti yang pasif dan kurang penting daripada bekerja boleh menyebabkan kita terlepas peluang yang bermakna dalam kehidupan.

    Sama ada mencari masa untuk tidur sebentar setiap hari bagi tujuan berehat seperti Winston Churchill ketika Perang Dunia kedua, keluar bersiar-siar seperti Charles Darwin atau meluangkan masa selama seminggu bersendirian di kabin seperti Bill Gates, ‘rehat yang dirancang’ seperti apa yang dipanggil oleh Pang merupakan kunci sebenar kepada kejayaan dan kepuasan dalam bekerja.

    Dengan menampilkan bukti-bukti saintifik dan contoh-contoh daripada tokoh-tokoh sejarah yang berjaya, buku ini menolak budaya bekerja keras seperti apa yang kita biasanya lakukan dan menunjukkan bahawa dengan rehat yang secukupnya kehidupan kita akan bertambah lebih baik lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda