Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kepentingan standard GHG ditekankan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Sesi sosialisasi Peluang dan Kepentingan Melancarkan Skim Akreditasi Gas Rumah Hijau (GHG) ISO 14065 di Negara Brunei Darussalam telah berlangsung pada 7 dan 8 Februari di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan.

    Sesi berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Pusat Standard Kebangsaan (PSK), dengan kerjasama dua hala European Union Aviation Safety Agency (EASA) melalui inisiatif di bawah EU-South East Asia Cooperation on Mitigating Climate Change impact from Civil Aviation for the Carbon Off setting and Reduction Scheme for International Aviation (EUSEA CCCA CORSIA).

    Ia telah dihadiri oleh 40 wakil yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pengendali kapal terbang negara dan badan-badan penilaian kepatuhan di negara ini, seperti Sekretariat Perubahan Iklim Brunei, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Pengangkutan Darat, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan daripada pihak swasta seperti Bureau Veritas (B) Sdn Bhd dan lain-lain.

    Sesi tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan, Allen On selaku Pemangku Pengarah PSK, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Dalam ucapan alu-aluan, beliau antara lain menyentuh tentang kepentingan penyediaan skim akreditasi standard kebangsaan yang kukuh dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Gambar ramai yang menghadiri sesi berkenaan. – Gambar serahan MOFE

    Antara lain tujuan sesi berkenaan adalah untuk memperkenalkan kepentingan standard GHG seperti ISO 14064:2018 yang mana menetapkan keperluan bagi badan-badan yang melaksanakan pengesahan penyata maklumat alam sekitar dan ISO 14064:2018, iaitu standard untuk mengukur dan melaporkan pelepasan GHG.

    Selain itu, ia juga menekankan kepentingan peranan akreditasi dalam menilai kecekapan dan kebolehpercayaan badan-badan penilaian kepatuhan dalam melaksanakan perkhidmatan pengesahan yang berkaitan dengan GHG.

    Daripada pemantauan, pelepasan GHG kepada ujian dan pemeriksaan barangan elektrik efisien tenaga, kepada penjana tenaga solar, angin, gelombang dan nuklear, ianya adalah penting untuk memastikan ukuran yang tepat, pemeriksaan yang cekap, ujian yang boleh dipercayai dan tuntutan yang boleh disahkan.

    Akreditasi pula akan melaksanakan penilaian ke atas badan-badan penilaian kepatuhan tersebut dalam memberikan perkhidmatan pengujian, pengukuran, pemeriksaan, pengesahan produk dan sistem yang diiktiraf sebagai asas dalam mendukung dasar kerajaan dan inisiatif yang berkaitan dengan pelepasan gas karbon.

    Selain menyentuh mengenai Latihan ISO14065 yang pernah dilaksanakan oleh PSK pada tahun 2018 dengan kerjasama Bureau Veritas Brunei di Kampus RB, usaha ini perlu diteruskan untuk mengukuhkan infrastruktur kualiti kebangsaan dengan usaha bersepadu bagi membangunkan standard dan skim akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Ini bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran tetapi juga komited dalam melindungi alam semula jadi dan alam sekitar di negara ini,selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU pada Disember 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...