Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kerajaan beri subsidi pastikan RAS terus dinikmati

    KUALA LUMPUR, 5 DIS – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneruskan pemberian subsidi bagi membolehkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) terus dinikmati oleh penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak, Dewan Negara diberitahu hari ini.

    Menteri berkenaan, Anthony Loke Siew Fook berkata Kerajaan Persekutuan melalui Program Keenam di bawah Agenda Kedua: Kemajuan Sabah dan Sarawak memperuntukkan subsidi tahunan sebanyak RM209 juta bagi menampung kos operasi dan sewa pajakan pesawat untuk perkhidmatan tersebut.

    Beliau berkata setelah rundingan pengambilalihan MASWings Sdn Bhd oleh Hornbill Skyways Sdn Bhd yang masih dirundingkan sekarang selesai, MOT bertanggungjawab menetapkan dasar Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) dan kriteria kelayakan yang diperlukan.

    “Pada masa sama, MOT akan terus berperanan mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam RAS,” katanya menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu peranan yang akan dimainkan Kerajaan Persekutuan setelah MASWings di bawah Malaysia Aviation Group diambil alih oleh Hornbill Skyways pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

    Pada 27 Oktober lepas, Hornbill Skyways dan Malaysia Aviation Group yang memiliki MASWings memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pemerolehan saham dalam MASWings bagi pengurusan RAS.

    Sementara itu Loke berkata MOT sedang meneliti mekanisme membolehkan sejumlah subsidi diberi bagi memastikan kadar harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dapat dikawal atau dikurangkan untuk beberapa hari sebelum sesuatu perayaan. – Bernama

    Anthony Loke Siew Fook semasa sesi perbahasan pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...