Friday, February 28, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan M’sia teroka potensi hidrogen hijau

    KUALA LUMPUR, 28 OGOS – Kerajaan Malaysia berhasrat untuk meneroka potensi hidrogen hijau sebagai bahan api alternatif ke arah mencapai agenda mobiliti hijau negara.

    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan meneroka prospek untuk memanfaatkan pembawa tenaga baharu itu dan kesan ekonominya.

    “Kami berhasrat untuk memperkenalkan ekonomi hidrogen menerusi Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang disasar dilancarkan tahun ini.

    “Ini termasuk bagaimana kita boleh menarik pelaburan ke arah pengeluarannya dan akhirnya membuka jalan untuk Malaysia menjadi hab eksport utama bagi hidrogen hijau menjelang 2027… kami melihat nilai dalam usaha sama bagi memacu peralihan itu secara domestik, serantau dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Seminar Peralihan Tenaga 2023, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda