Thursday, March 13, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerana serangan angin ahmar, Isma Aliff ditidurkan

    Pelawak dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

    Memetik laporan mStar, menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, pelawak berusia 59 tahun itu terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

    Kata Hafiz, pelawak berkenaan dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kerana serangan angin ahmar.

    “Semalam doktor juga sahkan yang jantung beliau bengkak dan tahap oksigen beliau juga menurun.

    “Hari ini doktor tidurkan beliau untuk memasukan ubat antibiotik,” katanya kepada mStar.

    Untuk rekod, Isma merupakan pelawak gandingan bersama Allahyarham Mr. Os sekitar era 80an.

    Malah beliau bersama Mr Os juga pernah terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 selain turut menjadi juri tetap kepada Raja Lawak 7.

    Beliau juga pernah membintangi filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. – Agensi

    Isma Aliff dikejarkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda