DUBAI, 24 Feb – Angelique Kerber menyingkirkan Anna Konjuh 6-3, 6-2 semalam untuk terus kekal bagi kembali ke ranking teratas WTA dalam Kejohanan Tenis Dubai.
Pemenang Grand Slam dua kali 2016 dari Jerman itu boleh merampas kembali kedudukan teratas daripada Serena Williams menerusi kemenangan gelaran di kelab Aviation esok.
Pemain itu, 29, terlebih dahulu perlu mengatasi Elina Svitolina, di mana Svitolina juga mengintai bagi kejayaan dalam ranking 10 terbaik buat kali pertama jika dia memenangi pertandingan tersebut.
Pemain dari Ukraine itu mara ke empat pemain terakhir dengan kemenangan 6-0, 6-4 ke atas Lauren Davis.
Kerber menggunakan Dubai untuk memperbaiki rentak awal musimnya yang sederhana.
“Saya merasa gembira dengan pertandingan hari ini. Ana adalah pesaing yang kuat, dia benar-benar melakukannya. Anda perlu beraksi sehingga mata akhir. Ia adalah menarik untuk mara dalam dua set.
“Pertandingan bersama Svitolina adalah yang sukar. Saya perlu menjadi agresif dan sama seperti hari terakhir di sini. Saya akan cuba menikmati pertandingan seterusnya dan sudah tentu saya akan berada di luar sana dan memenangi perlawanan lagi di sini.”
Svitolina, pemain pilihan ketujuh dan pemenang bagi gelaran kelima sepanjang kerjayanya bulan ini di Taipei, gembira untuk mara.
“Saya merasa gembira dengan cara saya bermula dan cara saya menamatkan perlawanan, saya begitu agresif dan ia berjalan dengan baik,” kata Svitolina.
“Saya berada dalam keadaan tenang dan positif pada hari ini. Saya merasa gembira dengan persembahan tersebut.” – AFP