KUALA LUMPUR, 17 DIS – Kerja-kerja pembaikan di kawasan ground zero insiden lubang benam di depan Wisma Melayu di sini, dijangka selesai pada hujung bulan ini.
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata aktiviti biasa di kawasan itu dijangka dapat dilaksanakan kembali pada awal tahun depan.
“Kerja-kerja baik pulih tapak lubang benam kedua, iaitu berhadapan bit Polis Jalan Masjid India telah siap sepenuhnya dan jalan serta lorong berhampiran telah dibuka kepada orang awam pada 10 Noveber lepas,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mengenai laporan terkini isu lubang benam dan sama ada kerajaan telah mengenal pasti kawasan berpotensi berbahaya dan berkemungkinan kejadian sama berulang. – Bernama