Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai, terdapat beberapa lokasi penempatan tangki biru untuk kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja kecemasan pembaikan paip air bocor di Jalan 31, Perpindahan Lambak Kanan, hari ini.
Kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja tersebut, keseluruhan Perpindahan Lambak Kanan iaitu Jalan 10, Jalan 11, Jalan 31, Jalan 49, Jalan 50, Jalan 65, Jalan 77, Jalan 88, Jalan 82, Jalan 99 dan kawasan sekitarnya, yang mana kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada masa ini.
Sehubungan itu, JKR memaklumkan bahawa lokasi-lokasi tangki biru adalah di Jalan 77 berdekatan Dewan Kemasyarakatan, Kawasan lapang Masjid RPN Lambak Kanan, Jalan 99, Jalan 1 berdekatan Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan 1, Jalan 31, Jalan 11, Jln 64, Jalan 49, Jalan 3 dan Jalan 4.
Kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah dan untuk permohonan pembekalan tangki air, sila hubungi Talian Darussalam 123.