Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kerja pemeliharaan TD123 bermula 27 April

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Pusat Kebangsaan E-Kerajaan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pemeliharaan berjadual akan diadakan ke atas Talian Darussalam 123 (TD123) pada 27 April 2024 bermula pada jam 12 pagi sehingga 2 pagi.

    Sehubungan dengan itu, saluran-saluran perhubungan TD123 iaitu talian hotline 123, WhatsApp LiveChat, laman sesawang LiveChat dan aplikasi mudah alih TD123 tidak akan dapat diakses pada tarikh dan waktu yang disebutkan di atas.

    Oleh yang demikian, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi TD123 melalui saluran lain iaitu e-mel (info@123.com.bn), Facebook, Instagram dan X (@td123bn) dan borang dalam talian di laman sesawang 123.gov.bn. Selain itu juga, orang ramai boleh menghubungi talian sementara semasa kerja-kerja pemeliharaan tersebut dijalankan iaitu talian 8333123 (menerima satu panggilan sahaja pada satu masa) dan Telegram LiveChat 7474128.

    Pihak jabatan ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi akibat kerja-kerja pemeliharaan ini.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...