Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kes pemeriksaan ginekologi: Lima wanita tuntut pampasan

    MELBOURNE, 12 APRIL — Mahkamah Australia telah menolak kes yang dibawa oleh lima wanita yang menuntut pampasan daripada Qatar Airways berhubung pemeriksaan ginekologi invasif yang dijalankan ke atas penumpang di lapangan terbang Doha pada 2020, tetapi kes mereka terhadap pengendali lapangan terbang itu diteruskan.

    Kelima-lima mereka, yang identitinya telah dirahsiakan mahkamah, adalah antara ratusan wanita yang dikeluarkan secara paksa daripada pesawat di Doha pada 2 Oktober 2020 lalu, ketika pegawai mencari ibu kepada anak damit yang baru lahir ditemui dibuang dalam tong sampah terminal.

    Tiga belas wanita telah dikeluarkan dari penerbangan ke Sydney. Ramai yang berkata mereka terpaksa menjalani pemeriksaan fizikal ginekologi atau intim tanpa persetujuan.

    Pada Rabu lalu, Hakim Mahkamah Persekutuan, John Halley memutuskan hujah wanita terhadap Qatar Airways milik kerajaan tidak memenuhi protokol liabiliti syarikat penerbangan antarabangsa.

    Hakim juga berkata kes wanita terhadap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar tidak boleh diteruskan. Bagaimanapun, kes terhadap Syarikat Qatar untuk Operasi dan Pengurusan Lapangan Terbang (MATAR), pengendali lapangan terbang itu, boleh diteruskan. MATAR ialah anak syarikat milik penuh Qatar Airways.

    Peguam wanita itu, Damian Sturzaker, dalam satu kenyataan berkata, anak guamnya sedang mempertimbangkan rayuan.

    “Bagaimanapun, kami ambil perhatian bahawa tuntutan terhadap pengendali lapangan terbang, MATAR tetap diteruskan. Keazaman pelanggan kami untuk terus meneruskan tuntutan mereka masih tidak berkurangan,” kata Sturzaker. Kes itu kembali ke mahkamah pada 10 Mei.

    Menteri Pengangkutan Australia, Catherine King tidak segera mengulas mengenai keputusan mahkamah itu kelmarin sementara Naib Presiden Kanan Qatar Airways, Matt Raos memberitahu siasatan Senat Australia pada September bahawa pemeriksaan penumpang sedemikian tidak akan berulang lagi. – AP

    Sebuah kapal terbang Qatar Airways menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia di Philadelphia,Amerika Syarikat pada November, 2019 lalu. Kes wanita terhadap pengendali lapangan terbang Qatar Airways itu masih diteruskan pada 10 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...