Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Usaha Palestin anggotai PBB terbantut

    NEW YORK, 12 APRIL – Usaha Palestin untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terbantut apabila Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal mencapai konsensus berhubung keahliannya.

    Jawatankuasa ad hoc UNSC yang terdiri daripada negara anggota Majlis itu, gagal mencapai persetujuan menyeluruh, yang menjadi syarat wajib bagi menerima keanggotaan mana-mana negara ke dalam badan dunia itu.

    Kegagalan itu berkemungkinan membawa kepada undian lebih formal berhubung permohonan Palestin, yang mempunyai status pemerhati di PBB itu sejak 2012 dan melobi selama bertahun-tahun untuk keahlian penuh bagi mengiktiraf kewujudannya.

    Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB mesti terlebih dulu mendapat konsensus penuh UNSC dan kemudian disahkan dalam Perhimpunan Agung PBB.

    Minggu lalu, Palestin mengadapkan semula permohonan menyertai PBB yang dikemukakan pada 2011, selepas tercetusnya serangan Israel, mendorong UNSC melancarkan proses semakan rasmi.

    Duta Malta ke PBB, Vanessa Frazier, yang memegang jawatan presiden berkata, tidak ada kesepakatan yang telah dicapai.

    Bagaimanapun, katanya, dua pertiga daripada ahli memihak menyokong keahlian penuh Palestin, tanpa menyatakan negara mana.

    Pada dasarnya, 15 negara anggota UNSC, termasuk lima anggota tetap perlu meluluskan sebarang permohonan negara baharu, bagaimanapun lima anggota tetap, merangkumi sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS), boleh membantah menggunakan kuasa veto.

    Menurut sumber diplomatik, undian boleh diadakan pada 18 April ini, yang diusulkan oleh Algeria, mewakili negara-negara Arab dalam UNSC. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...