Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kes perbicaraan Musang King terbantut

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Perbicaraan Mahkamah Tinggi membabitkan kumpulan dadah keluarga bersindiket digelar Musang King terbantut kerana defendan masih belum diwakili peguam melalui proses bantuan guaman.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menangguhkan kes kepada 28 Mac selepas mendengar defendan belum melantik peguam melalui proses bantuan guaman.

    Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff dan Pendakwa, Syafina binti Abdul Hadzid mewakili Pendakwa Raya pada hari ini.

    Defendan, Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya Maskunah binti Wahab, anak mereka Isamuddin, Mohammad Saifuddin dan Siti Izzatul Munirah dan suaminya Jakaria bin Ahad didakwa atas dua kesalahan di bawah Bab 27, Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah yang membawa kepada hukuman mati.

    Defendan didakwa memiliki 18.9943 kilogram methamphetamine bagi tujuan pengedaran.

    Dadah tersebut ditemui di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan.

    Tuduhan ke atas mereka termasuk memiliki 532.44 gram methamphetamine dalam botol. Defendan tinggal di rumah di kawasan itu.

    Isamuddin juga menghadapi satu pertuduhan iaitu memiliki 54.1 gram methamphetamine di dalam beg plastik hitam di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan.

    Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara 20 dan 30 tahun dengan sebatan mandatori 15 kali sebatan.

    Siti Izzatul Munirah dan Jakaria turut didakwa memiliki hasil jenayah mengikut Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Aset Jenayah 2012 berjumlah $80,000 hingga lebih $100,000.

    Mereka juga didakwa menyembunyikan pemilikan kenderaan dengan mendaftarkannya di bawah nama pihak ketiga.

    Siti Izzatul Munirah juga menghadapi pertuduhan memiliki lebih 50 barang kemas emas yang didakwa daripada hasil jenayah.

    Terdahulu, defendan diwakili oleh guaman swasta secara persendirian dan telah memilih untuk menamatkan khidmat guaman tersebut kerana ahli keluarganya mengesahkan tidak mampu lagi untuk menanggungnya.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...