Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Warga emas dibaham buaya

    MIAMI, 22 FEB – Seorang jiran menggambarkan perasaan ngeri apabila melihat seorang warga emas dibaham oleh buaya ketika membawa anjingnya berjalan-jalan di komuniti warga emas di selatan negeri Amerika Syarikat di Florida.

    Jiran berkenaan, hanya dikenali sebagai Carol, berkata dia ternampak wanita itu, yang belum dikenal pasti, diheret ke dalam air oleh haiwan reptilia sepanjang tiga meter semasa serangan di Tasik Fairways di Fort Pierce pada Isnin.

    “Saya hanya ingat dia timbul seketika untuk mendapatkan udara, dan saya beritahunya berenang ke bot kayuh, dan dia berkata ‘saya tidak dapat, buaya telah membaham saya,’ beritahu wanita itu kepada stesen televisyen tempatan, WPBF.

    Carol, 77, menelefon perkhidmatan kecemasan dan menyambar sebatang galah dengan harapan dapat membantu kawannya, lapor stesen itu.

    “Saya fikir saya dapat memukul haiwan itu tetapi kelibatnya tidak kelihatan. Saya tidak dapat berbuat apa-apa, saya tidak dapat masuk ke dalam air.”

    Sebuah helikopter dari Pejabat Syerif St Lucie County membantu mengesan buaya di tasik itu, lapor WPBF dan haiwan itu berjaya ditangkap pegawai hidupan liar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...