Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Yanto Iskandar berusia 39 tahun dengan nombor pasport, C1869817.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Yanto Iskandar. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda