Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kesatuan Afrika digesa sertai G20

    WASHINGTON, 16 DIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam menggesa Kesatuan Afrika untuk menjadi ahli tetap Kumpulan 20 (G20).

    Beliau berkata demikian pada hari terakhir Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika di Washington DC, lapor agensi Anadolu.

    AS bekerjasama rapat dengan Kongres, merancang untuk memberikan AS$55 bilion di Afrika dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan matlamat ‘memajukan keutamaan yang kita kongsi dan menyokong agenda 2063.’

    AS juga sedang mengintai peluang untuk meningkatkan kerjasama dengan Afrika.

    Washington DC menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Afrika selama tiga hari yang dihadiri 49 pemimpin Afrika. – Bernama

    Presiden Joe Biden semasa bercakap pada Forum Perniagaan AS-Afrika di Pusat Konvensyen Walter E Washington di Washington pada 14 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...