Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengamal media dihargai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Lebih 50 orang pengamal media yang terdiri daripada wartawan, penyunting serta influencer daripada sektor media cetak, elektronik dan dalam talian di negara ini telah diraikan pada majlis penghargaan media bertemakan ‘Madgame’ anjuran Bank Baiduri, di Ruang, Tingkat 2, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, malam ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui serta pegawai-pegawai pengurusan Bank Baiduri.

    Ti Eng Hui yang turut menyampaikan ucapannya pada acara itu mengatakan, “Pertama sekali, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah diiktiraf atas prestasi kukuh dan model perniagaan kami yang berdaya tahan bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

    “Kami telah mengumumkan lima anugerah perbankan antarabangsa utama, termasuk dua ‘firsts’ yang akan menjadi Bank Terbaik di Brunei daripada Euromoney, yang pertama untuk mana-mana bank di Brunei, serta Syarikat Kewangan Terbaik untuk Baiduri Finance daripada Asian Banking & Finance,” tambahnya.

    Beliau turut berbesar hati untuk mengumumkan kepada semua orang bahawa pihak mereka telah merangkul satu lagi anugerah yang akan diumumkan secara rasmi esok.

    Anugerah tersebut dianggap sebagai industri perbankan oscars.

    Anugerah ini adalah bukti kekuatan dan komitmen bank ke arah menyediakan yang terbaik untuk pelanggan, pihak berkepentingan dan rakan kongsi.

    Selain itu, beliau juga mengongsikan satu lagi pencapaian utama pada pertengahan tahun apabila Standard & Poor’s meningkatkan taraf kredit bank berkenaan daripada BBB+ kepada A- sekali gus meletakkannya dalam kategori gred pelaburan tinggi bersama pemain serantau dan antarabangsa.

    Acara berkenaan turut mengetengahkan beberapa aktiviti menarik seperti meneka karakter kartun atau animasi secara berkumpulan, kuiz individu serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

    Antara peserta yang memenangi hadiah bertuah pada majlis tersebut.
    Para pengamal media turut disajikan dengan pelbagai hidangan dan aktiviti menarik sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...