Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesemua rakyat Malaysia terkandas di Sudan berlepas ke Jeddah

    PUTRAJAYA, 26 APRIL – Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di ibu negara Sudan, Khartoum, selamat meninggalkan Port Sudan ke Jeddah, Arab Saudi awal hari ini (waktu Sudan).

    Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) berkata semua rakyat Malaysia meninggalkan pelabuhan itu dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi, selepas menempuh perjalanan yang sukar selama 30 jam melalui darat bermula dari Khartoum.

    “Perjalanan merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam,” katanya dalam ciapan tweet hari ini.

    Wisma Putra turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada Kerajaan Arab Saudi dan UAE kerana menjayakan pemindahan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda