Orang ramai yang pulang dari bercuti hujung minggu yang panjang berdepan kesesakan di Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait, sejak awal pagi kelmarin. Aliran trafik perlahan dilaporkan berterusan hingga ke sebelah petang, dengan purata masa beratur untuk pulang bercuti adalah sekitar satu setengah jam.

