Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga asing ditahan semasa Ops Kabat

    BELAIT, 21 APRIL – Seorang individu warga Indonesia telah ditahan semasa Operasi Kabat yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) melalui Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Cawangan Kuala Belait di Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, semasa operasi itu, pemeriksaan telah dijalankan ke atas Hellen Fransisca, 43, yang kemudiannya ditahan dan dibawa ke Bahagian Pengkuatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Hasil daripada siasatan, individu berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam minggu kerana gagal membayar denda sebanyak $1,500 bagi kesalahan di bawah Bab 3(2) Akta Pasport, Penggal 146 iaitu cubaan untuk keluar dari negara ini tanpa melaporkan dan menghadapkan dokumen perjalanan kepada pegawai imigresen yang bertugas di Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh.

    Pendakwaan telah pun dibuat di hadapan Majistret Abdul ‘Azim bin Othman dan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JIPK, Dayang Norhafizah binti Haji Mohammad.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi ke hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pihak berkuasa semasa menjalankan tugas. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...