Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kesihatan otak: Cara mengurus yang berkesan

    NEW DELHI – Kemerosotan kognitif kekal menjadi kebimbangan berterusan apabila individu semakin meningkat usia. Ramai menganggapnya sebagai aspek yang tidak dapat dielakkan, namun kesannya boleh dikurangkan dengan menerapkan perubahan gaya hidup dan tabiat utama. Di sini disenaraikan beberapa strategi untuk menjaga kesihatan otak.

    RANGSANG OTAK AWDA SECARA KONSISTEN

    Lebih banyak awda melibatkan otak awda, lebih baik. Menjaga otak awda boleh membantu mengekalkan saraf, memastikan fungsi otak yang cekap. Menggabungkan permainan merangsang otak ke dalam rutin harian awda, seperti teka-teki, jigsaw, sudoku, catur dan lukisan boleh menyumbang kepada kesihatan kognitif jangka panjang.

    PASTIKAN TIDUR YANG CUKUP

    Pola tidur yang kurang baik adalah penyumbang utama kepada penurunan kognitif. Tidur yang mencukupi menyokong pengekalan ingatan. Tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan peningkatan ketidakaktifan otak dan gangguan dalam membuat keputusan.

    Jika awda sukar tidur, rujuk ahli perubatan awda untuk mendapatkan bimbingan.

    UTAMAKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

    Makanan yang awda ambil secara signifikan mempengaruhi fungsi otak awda. Makan jumlah nutrien yang mencukupi ke dalam diet harian awda dengan hasil segar, protein tanpa lemak dan asid lemak omega-3. Omega-3 membantu memerangi keradangan, mengekalkan keberkesanan kognitif dan mengurangkan tahap tekanan.

    KEKAL AKTIF SEBANYAK MUNGKIN

    Apabila usia meningkat, sendi dan otot mungkin tidak berfungsi secara optimum, tetapi kekal aktif boleh meningkatkan mobiliti dan mengekalkan kesihatan kognitif. Aktiviti fizikal yang kerap juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

    Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk bersenam setiap hari, adakan rundingan dengan kedua-dua profesional perubatan dan jurulatih kecergasan untuk menentukan senaman yang optimum.

    BERSOSIAL

    Rangsangan mental adalah penting untuk keberkesanan otak, bersosial memainkan peranan penting dalam kesejahteraan keseluruhan. Memupuk hubungan positif membantu mengekalkan hubungan yang kuat, terutamanya semasa usia tua atau ketika tinggal bersendirian. Interaksi sosial menyokong perkembangan kognitif dengan mengukuhkan rangkaian saraf.

    Oleh itu, jangan berputus asa. Didik diri awda tentang cara mengutamakan kesejahteraan mental dengan berkesan dan memupuk perkembangan kognitif. – ANN/The Statesman

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...