Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Ketabahan menempuh badai penderitaan

    Salam sejahtera buat para pembaca yang budiman, pernahkah abiskita menjalani sebuah perjalanan hidup yang penuh liku dan kesedihan. Ibarat seorang musafir yang tidak mempunyai tempat berteduh, begitulah hidup saya sejak kecil.

    Sesuai dengan bait-bait yang dinukilkan dalam sebuah pantun yang berbunyi: “Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang hamba musafir lalu,” hidup saya juga penuh cabaran dan kepayahan.

    Kenapa saya berkata demikian? Mana tidaknya, saya dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di sebuah kampung terpencil.

    Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat swasta, manakala ibu pula menjual kuih-muih di pasar pagi.

    Kehidupan kami serba kekurangan, tetapi kami hidup bahagia dan penuh kasih sayang. Namun, kebahagiaan itu tidak lama.

    Gambar Freepik

    Ketika saya berusia 10 tahun, ayah meninggal dunia akibat kemalangan. Kehilangan ayah adalah tamparan hebat buat kami.

    Ibu terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia bekerja keras siang dan malam untuk memastikan kami adik-beradik tidak kelaparan dan dapat meneruskan pelajaran.

    Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami. Ibu jatuh sakit dan tidak lagi mampu bekerja.

    Kami terpaksa hidup mengharapkan belas kasihan jiran tetangga. Saya, sebagai anak sulung, terpaksa berhenti sekolah dan mencari kerja untuk menampung kehidupan keluarga.

    Setiap hari, saya bekerja di ladang orang dengan upah yang inda seberapa. Kadang-kadang, saya terpaksa berpuasa kerana wang yang diperoleh hanya cukup untuk membeli ubat ibu dan makanan adik-adik.

    Hati saya remuk setiap kali melihat ibu menahan kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa atau dalam istilah orang kitani, ‘membari rawan ati’.

    Namun, saya terus tabah dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak menyerah.

    Singkat kata, walaupun hidup saya masih penuh dengan liku dan cabaran, kenangan bersama keluarga tercinta tetap terpahat dalam ingatan.

    Kehilangan ayah dan penderitaan ibu telah mengajar saya tentang erti sebenar pengorbanan dan ketabahan.

    Natijahnya, saya tetap berdoa agar suatu hari nanti, nasib akan berubah dan membawa sinar bahagia kepada saya dan keluarga. Semoga perjalanan hidup ini menjadi inspirasi kepada mereka yang membaca, agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa tabah menghadapi liku-liku kehidupan.

    Wafie

    NASIHAT DANG MP

    Semangat untuk meneruskan kehidupan Wafie memang wajar dicontohi. Kuatkanlah semangat dan teruskan befikir positif. Semoga suatu hari nanti nasib Wafie akan menjadi lebih baik dan Wafie mencapai apa saja cita-cita Wafie inginkan.

    Selain itu, cubalah dapatkan bantuan dari pihak yang berkuasa. Janganlah mudah berputus asa. Sentiasa cuba mencari jalan mengatasi masalah.

    Semoga berjaya Dang MP ucapkan.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Berita Berkaitan

    Antara persahabatan dan perasaan

    Aku tak pernah sangka hati boleh jadi seberat ini....

    Mini konvokesyen rai pelajar STJ PGGMB

    Oleh Sim Y. H. KUALA BELAIT, 9 NOV - Sebagai...

    Kongsi inspirasi kejayaan akademik di sebalik tuntutan kehidupan

    SHAH ALAM – Hari ketika Julia Rita Nordin melangkah...

    Sekolah Fairview anjur sambutan Hari Guru

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT –...

    Terkini

    Hari Keluarga PBMP promosi budaya kesejahteraan

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV...

    Jurutera rugi RM247,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

    SIBU, 21 NOV - Seorang jurutera lelaki berusia dalam...

    Komited promosi perdagangan adil, mampan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    Rampasan dadah cecah lebih RM459j dalam 10 bulan – Kastam

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Jabatan Kastam Diraja Malaysia...